Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
a) Selama ini sekiranya lantai tandas saya ada air najis, saya akan basuh kaki saya dahulu, iaitu dengan mengangkat kaki dahulu dan basuh. tetapi ketika saya basuh kaki saya, air basuhan itu akan terjatuh ke lantai yang bernajis dan akan merecik pula ke kaki saya yang lagi satu. selama ini saya tidak perasan akan percikan itu, tetapi hari ini baru saya perasan. ini membuatkan saya sangat was was dan berfikir sama ada ibadah saya selama ini sah atau tidak. was was saya ini sehingga membuatkan saya ada depression
jadi persoalan saya
1) adakah percikan itu najis?
2) sekiranya memang najis, bolehkah saya ikut pandangan yang kata najis itu dimaafkan pada pandangan umum setempat mengatakan kadar sesuatu najis itu sedikit, maka ia dianggap sedikit. ini supaya saya tidak perlu was was lagi
b) berdasarkan soalan atas, bolehkah saya anggap air najis itu hilang kerana air shower jatuh ke lantai dan mengalirkannya jika saya sedang mandi atau menyucikan najis yang ada di badan saya?
c) terdapat air mani bercampur mazi di tangan saya. saya biarkan ia kering kemudian basuh. ketika saya basuh ada rasa melekit air mani campur mazi itu. adakah air basuhan itu turut menjadi najis?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, Islam meletakkan sesuatu hukum itu adalah berdasarkan kepada sesuatu yang jelas, nyata dan yakin sahaja. Manakala bagi sesuatu yang tidak jelas, tidak nyata dan tidak yakin itu maka perkara tersebut adalah terkecuali dan tidak ada hukum. Sehubungan itu, jika kita menghukumkan sesuatu adalah bernajis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.
Ini kerana pada asalnya, sesuatu itu tidak bernajis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka kekal bersih dan suci. Oleh itu, jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was maka ianya kekal bersih dan suci.
Sehubungan itu,:-
1) Air percikan pada anggota badan selepas membasuh kaki tidak dianggap bernajis melainkan terdapat kesan ain najis sama ada warna, bau atau rasa. Seandainya tiada atau tidak dapat dipastikan kewujudannya, maka ia adalah suci.
2) Tiada najis pada kaki tersebut.
b) Sekiranya terdapat najis pada anggota badan, cukup sekadar dibersihkan ain najis tersebut dan mengalirkan air ke atas tempat yang terkena najis sama ada dengan mandi di bawah air shower dan sebagainya. Setelah itu, anggota badan tersebut menjadi suci dan bersih daripada najis. Jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was maka ianya kekal bersih dan suci.
c) Air mani tidak bernajis. Apabila dibasuh kesan air mani pada tangan tersebut maka air basuhan tersebut tidak bernajis.
Sekian, terima kasih.