BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan..saya ingin bertanya adakah jika kita rasa terangsang terhadap sesuatu itu tetapi ia tidak menyebabkan kita rasa ia  sampai menaikkan nafsu seks adakah dianggap naik syahwat?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Rangsang mengikut kamus dewan ialah rasa yang kuat pada pancaindera atau perasaan yang ditimbulkan oleh sesuatu, sebagai contoh, wujud perasaan gembira yang kuat selepas mendapat rangsangan serta motivasi dari seseorang. Manakala maksud syahwat pula ialah berahi atau nafsu atau keinginan untuk melakukan hubungan seks atau bersetubuh atau melakukan hubungan kelamin antara suami dan isteri. Oleh yang demikian, jika kita rasa terangsang dalam apa jua perkara yang ada hubungkait terhadap seks maka ia dianggap sebagai naik syahwat.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 30

message user image