BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

5bulan lepas...ada pergaduhan antara saya dan suami...ketika bergaduh saya plan nak keluar dari rumah dan suami saya dalam keadaan marah tengok saya nak keluar dari rumah terus mengugut saya jika saya keluar dari pintu tu, jatuh talak...saya tak keluar dari rumah pada malam tu. Pada keesokannya kami berbaik dan suami ajak sy makan diluar, dan saya takut nk keluar sebab takut jatuh talak.. tapi suami cakap niat dia jika saya keluar malam itu sahaja sebab dia tak nak saya keluar pada malam itu. Boleh beri pencerahan tak untuk kes saya. Terima kasih


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada kenyataan puan, lafaz yang disebut oleh suami semasa kejadian itu berlaku, adalah lafaz taklik. Maksudnya jatuh talak jika puan keluar rumah dari pintu itu pada malam itu sahaja. Justeru, status lafaz taklik tersebut adalah sepertimana yang suami puan maksudkan iaitu jika puan keluar rumah pada malam itu sahaja. Oleh kerana puan tidak keluar rumah pada malam itu, maka taklik tersebut telah pun luput dan talak tidak jatuh dengan sebab puan keluar makan pada keesokan harinya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 28

message user image