BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Bismillahirrahamnirahim. Saya ada pertanyaan tentang najis. Saya ini agak was² orangnya. Saya mempunyai luka di tapak kaki dan menyedari darahnya sudah berhenti (kering). Lalu saya pun pergi mandi sambil itu saya membersihkan tempat luka itu. Habis saja mandi kaki saya meminjak lantai  sampai saya masuk ke dalam bilik. Lepas saja masuk bilik, saya menyedari yang tempat luka di kaki saya itu sudah berdarah semula. Persoalan saya di sini adakah sepanjang lantai rumah yang saya injak semasa masuk ke bilik itu menjadi najis kerana luka darah saya itu? Tetapi beberapa ketika lepas itu saya pergi mengecek tempat tersebut saya tidak menemukan sebarang kesan darah pun. Adakah lantai rumah saya itu tetap perlu dibersihkan ataupun ia dikatogerikan sebagai najis yang dimaafkan? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Darah yang keluar daripada manusia adalah dikira sebagai najis. Kenajisan darah ini juga jelas disepakati oleh empat mazhab serta perlu dihilangkan. Namun begitu, seandainya darah itu sedikit pada adat seperti tompokan kecil sama ada pada badan atau pakaian, maka ia dimaafkan dan solat yang dilakukan adalah sah.

Merujuk kepada persoalan tuan, sekiranya tidak terdapat darah pada lantai tersebut maka tidak terdapat najis padanya dan tidak perlu dibersihkan atau dibasuh.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 15

message user image