Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. saya dan suami bertengkar. saya berkata kepada suami "kalau kamu tipu, talak jatuh" dan suami mengiyakan. apakah talak sudah jatuh sekiranya benar suami saya menipu?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan:
Lafaz tersebut merupakan lafaz talaf secara kinayah kerana suami tidak mengucapkan lafaz talak sebaliknya hanya mengiyakan lafaz yang diucapkan isteri. Sekiranya suami berniat talak ketika ucapan tersebut diucapkan, maka lafaz tersebut merupakan suatu lafaz taklik (bersyarat) yang akan menyebabkan talak jatuh jika perbuatan dalam syarat tersebut dilakukan. Namun, jika suami tidak berniat talak, maka talak tidak jatuh.
Untuk mendapatkan kepastian lebih lanjut sila hubungi Pejabat Agama Islam Daerah terdekat.
Sekian, terima kasih.