Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
ingin bertanya mengenai adakah terjadinya taklik dan jatuh talak..
suami isteri bergaduh kerana suami berhubung online dengan perempuan lain, dlm keadaan marah isteri lafaz sekali kau hantar gambar dekat perempuan lain ceraikan aku. Dan suami menafikan tidak hantar gambar seumpama dan tidak bersetuju dengan lafaz tersebut. Dan suami pernah hantar gambar selepas lafaz tersebut
Jawapan
Lafaz puan kepada suami: "kau hantar gambar dekat perempuan lain ceraikan aku" merupakan suatu permintaan yang sekiranya suami puan menghantar gambar kepada perempuan lain, maka suami boleh menceraikan puan. Ia bukanlah lafaz taklik yang memberi maksud sekiranya suami menghantar gambar kepada perempuan itu, maka tercerailah puan. Oleh itu, sekiranya suami ada menghantar gambar kepada perempuan lain, talak tidak berlaku secara langsung. Akan tetapi suami perlu melafazkan talak, sekiranya dia memang mengkehendaki berbuat demikian.
Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan pandangan serta pengesahan lebih lanjut, puan boleh merujuk kepada kepada Mahkamah Syariah berhampiran sebagai pihak yang berautoriti menentukan sama ada sesuatu lafaz ini boleh membawa kepada jatuhnya talak atau sebaliknya.
Sekian terima kasih.