BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz. Maaf saya bertanya. Saya membuang air kecil kemudian terkeluar juga air wadi kerana ia melekkit dan agak banyak dan menyebabkan saya terpaksa berdiri dan menunggu ia berhenti sebelum saya membersihkannya. Setelah itu, saya pergi dan mengambil wudhuk. Semasa mengambil wuduk, saya terperasan bahagian buku lali saya ada cecair melekit. Saya fikirkan awalnya itu hanya sabun. Jadi, saya bersihkan dan selesaikan wuduk. Setelah itu, saya pun masuk bilik dan memakai pakaian. Tiba waktu maghrib, semasa saya ambil wudhuk, saya perasan bahawa terdapat cecair melekit di atas buku lali dan baru saya sedar yang itu adalah bekas air wadi yang mungkin menitik pada kaki sewaktu saya berdiri. Jadi, adakah status solat Asar saya sah dan adakah tuala dan seluar yang saya pakai bernajis? Saya memang tidak perasan akan air wadi itu pada kaki kerana saya sangkakan sabun dan saya tidak membersihkannya betul-betul. Harap ustaz dapat berikan saya pencerahan kepada saya petanya OKU penglihatan.  

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna, bau atau rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing atau selainnya sehingga hilang warna, bau dan rasa. 

Merujuk kepada persoalan tuan, Islam menghukum berdasarkan sesuatu yang jelas sahaja. Sehubungan itu, jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.

Oleh itu, solat Asar yang ditunaikan adalah sah dan seluar serta tuala tersebut tidak bernajis kerana telah dibersihkan kawasan kaki tersebut dengan yakin sebelum mengambil wuduk dan menunaikan solat tersebut. Tambahan pula, jika titisan itu sedikit, maka ia dimaafkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 12

message user image