BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalam saya ingin menanyakan soalan tentang pertanyaan.

1. saya adalah seseorang penjual baju bundle secara atas talian , sebagai contoh harga baju RM40 dan kos delivery saya menganggarkan RM 10 jadi total RM 50 tetapi ketika saya pergi untuk post barang harga delivery sebenar adalah 7.50 adakah patut saya memulangkan lebihan baki kepada pelanggan?

dan apa hukum jika saya mengambilnya kerana ketika itu saya masih tidak tahu kos delivery ketika itu.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Aktiviti jual beli merupakan transaksi yang melibatkan dua pihak iaitu antara penjual dan pembeli. Perbuatan jual beli adalah sah jika mematuhi rukun-rukun jual beli. Antara rukun jual beli adalah sighah iaitu akad persetujuan antara pihak pembeli dan penjual atas barangan, harga dan kos penghantaran yang ditetapkan. Merujuk kepada persoalan, harga pos yang telah ditetapkan oleh pembeli telah dipersetujui oleh pembeli sebagai kos penghantaran barangan yang dibeli. Jadi, baki tersebut tidak perlu dipulangkan dan penjual boleh mengambil baki tersebut. Lebihan kos tu boleh dianggap sebagai sebahagian kos penghantaran iaitu kos pengangkutan, kerja serta masa yang digunakan oleh penjual untuk menguruskan pengantaran tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 20

message user image