Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ada menyertai satu pertandingan explorace berkumpulan di kolej. Antara syarat pertandingan tersebut ialah hanya 1 Telefon boleh digunakan apabila menjawab soalan. Tapi, kumpulan saya terlupa syarat ini semasa pertandingan. Kami menggunakan 2 telefon. Penganjur juga tidak menegur kami. Kami memenangi pertandingan tersebut. Adakah hadiah kemenangan itu menjadi haram dan markah kokurikulum kami juga menjadi haram? Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang yang diajukan, perbuatan khilaf yang dilakukan secara berkumpulan adalah disebab masing-masing terlupa terhadap peraturan pertandingan tersebut. Selain itu, pihak penganjur juga tidak menegur akan kekhilafan tersebut. Justeru hasil kemenangan dan markah kokurikulum tersebut tidak menjadi haram.
Sekian terima kasih.