Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Apakah hukum Imam membaca surah al a'la menggantikan surah as sajadah pagi JUMAAT dan terus sujud Tilawah dan menyambung solat seperti biasa.
Adakah Solat itu batal atau tidak.
Ahli Jemaah keliru.
Mohon pencerahan dari pihak tuan.
Terima kasih .
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, hukum membaca surah al-Sajadah pada solat Subuh hari Jumaat adalah sunat dan bukannya wajib. Tidak menjadi kesalahan bagi imam untuk membaca apa-apa surah selain surah al-Sajadah termasuk surah al-A'la.
Merujuk kepada soalan yang diajukan, seandainya imam membaca surah al-A'la dan melakukan sujud sajadah, maka solatnya tidak sah atau terbatal kerana di dalam surah al-A'la tidak terdapat ayat sajadah yang membolehkannya untuk melakukan sujud sajadah. Oleh itu, perbuatan sujud tersebut dianggap menambah perbuatan yang tidak dituntut di dalam solat yang menyebabkan solat itu terbatal sekiranya dilakukan dengan sengaja.
Sekian, terima kasih.