Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Adakah menjadi satu kesalahan dalam mengamalkan surah Al Iklas dan lain lain ayat Al Quran dalam kehidupan seharian tanpa bertajwid. Seperti mengabaikan hukum Qalqalah, Mad dan Ghunnah
Jawapan
Merujuk kepada persoalan,
Wajib membaca al-Quran dengan bertajwid sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
Maksudnya: “Dan bacalah al-Quran itu dengan tartil” (Surah al-Muzammil: 4). Tartil bermaksud tajwid. Maka wajib bagi seorang Muslim, apabila dia ingin membaca atau menghafal al-Quran, untuk mematuhi hukum-hukum tajwid mengikut kemampuannya. Dia perlu memberikan setiap huruf haknya dari segi sifat dan makhrajnya, dengan mengambil kira panjang pendek bacaan, izhar, idgham, dan ikhfa' pada tempatnya, serta hukum-hukum lain yang berkaitan.
Diriwayatkan oleh Ibn al-Jarazi bahawa Abu Nasr al-Shirazi berkata,
Maksudnya: "Membaca dengan baik adalah satu kewajipan dalam pembacaan (al-Quran), dan wajib bagi pembaca untuk membaca al-Quran dengan bacaan yang sebenar-benarnya".
Maka hendaklah diungkapkan bacaan al-Quran sebaik mungkin agar maknanya tepat dengan ayatnya.
Sekian. Terima kasih.