BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Menjadi trend sekarang apabila tiba musim buah-buahan seperti durian,rambutan,manggis dll gerombolan monyet akan datang. Mereka bukan setakat memakan buah buahan tersebut TETAPI turut merosakkan buah buah yg belum cukup tempoh matang, bahkan di peringkat berputik pun sudah dirosakkan. Apa HUKUM nya apabila saya menembak mati dgn shotgun dan memasang perangkap. Dimana yg mati ditembak saya tanam dan mana yg masuk perangkap saya serahkan pada komuniti orang Asli yang bukan Islam. Mohon pencerahan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, hukum membunuh haiwan fawasiq (haiwan perosak/ jahat) bergantung kepada tahap kerosakan dan gangguan yang ia timbulkan. Sekiranya ia mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada persekitaran seperti  merosakkan tanaman dan ternakan, maka hukum membunuhnya adalah harus dengan syarat dibunuh secara terus tanpa menyeksanya.

Adapun jika monyet itu langsung tidak mengganggu atau melakukan kerosakan, maka sebaik-baiknya ia tidak dibunuh tetapi cukup sekadar dengan hanya menghalaunya pergi jauh sahaja.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 14

message user image