BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum Mufti, 

Saya ingin bertanya tentang Umrah dan Tawaf Wada' bagi orang yang menetap di Makkah (Mukim). Apakah hukumnya ? Wajib atau sunat ? 
 

Jika dia hanya keluar bermusafir tidak lebih dari 3 hari ke negeri lain, contoh ke Madinah 2 hari Jeddah 1 hari. Selepas itu dia pulang ke rumahnya di Makkah. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umumnya, terdapat dua pandangan mengenai tawaf wada' di sisi ulama shafi'iyyah. Berkata Imam Nawawi di dalam kitab Al-Majmu' bahawa di sisi Imam al-Haramain dan al-Ghazali: Tawaf wada' dari jenis Manasik, maka tidak perlu bagi jemaah haji dan umrah melakukan tawaf wada' jika dia hendak keluar dari Mekah. Di sisi Imam al-Baghawi, Mutawalli dan selainnya berpendapat bahawa tawaf wada' bukan dari Manasik, maka ia adalah ibadah mustaqillah iaitu ibadah yang bersendirian. Justeru, diperintahkan untuk melakukan tawaf wada' bagi setiap mereka yang ingin keluar dari Mekah walaupun bermusafir dalam jarak yang pendek sama ada dia orang mekah atau dari mana sahaja.

Dan pandangan kedua ini, lebih sahih di sisi Imam al-Rafi'i dan selainnya dari ulama-ulama tahqiq kerana memuliakan Tanah Haram dan menyerupai kewajiban mengucapkan salam perpisahan (tawaf wada') ketika keluar dari Tanah Haram sebagaimana kewajiban memasuki Tanah Haram untuk melakukan ihram. Justeru, mengikut pandangan yang kuat dalam mazhab shafi'i, maka wajib melakukan tawaf wada' bagi sesiapa yang ingin keluar dari Mekah sama ada orang yang menetap di Mekah dengan tujuan bermusafir. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 17

message user image