BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Pergi buat urusan kerja guna baju haram adakah halal pendapatan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara dasarnya, segala hasil pendapatan yang diperolehi oleh seseorang muslim itu perlu dipastikan 100% halal dan tidak mempunyai sebarang keraguan agar tidak terjebak dengan urusan yang bersubahat dengan kerja-kerja haram di sisi syarak. Antara pendapatan yang berkaitan padanya perkara yang diharamkan syarak adalah  seperti ribagharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, hasil jualan barang curi, rasuah, loteri, transaksi riba, perlindungan insurans konvensional, keuntungan pelaburan di dalam sekuriti tidak patuh syariah dan seumpamanya. Walau bagaimanapun, menggunakan baju haram pergi kerja sebagai contoh pembelian  baju itu daripada hasil mencuri, maka ianya tidak menjadikan hasil pendapatan seseorang itu sebagai haram namun si pemakai itu hanya dikira berdosa sepanjang dia memakai baju tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 22

message user image