BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya terdapat keraguan dengan penggunaan tensor ring/soffegio dalam aktiviti harian kita sebagai seorang muslim.

Saya difahamkan dengan menggunakan tensor ring beserta dengan selawat dan membaca ayat Al-quran dapat menolak caj negatif serta dapat menarik aura positif disekeliling diri kita.

Selain itu, saya juga didedahkan dengan penggunaan soffegio dapat membuka mata ketiga kita iaitu mata batin. 

Adakah ajaran ini bertentangan dengan agama islam kita sebab salawat gan bacaan ayat Alquran juga diamalkan sekali. 

Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Secara asasnya, tidak dinafikan setiap benda atau barang mempunyai khasiatnya tersendiri secara adat dan tabiat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Mempercayai sesuatu benda mempunyai khasiat secara adat adalah tidak bermasalah selagi mana beriktikad hanya Allah SWT yang menentukan segala-galanya. Manakala percaya sesuatu benda ada kekuatan dan kelebihan tersendiri boleh membawa kepada syirik.

Berdasarkan penerangan yang telah diberikan, kepercayaan terhadap penggunaa tensor ring dan soffegio adalah sangat meragukan walaupun didakwa menggunakan ayat al-Quran mahupun selawat. Bahkan ia kelihatan berkait dengan fahaman New Age yang terkait dengan aura atau chakra atau tenaga dalaman.  Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan ajaran New Age boleh layari https://mais.gov.my/artikel-dakwah/ajaran-new-age-dan-kesannya-di-malaysia/.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 8

message user image