BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/ ustazah

 

 

Saya ada 2 soalan.

1- kalau tidak bersahur,kita tidak boleh puasa sunat ka?. Kerana rakan sekerja saya selalu bagi tahu kalau tidak bersahur tidak boleh puasa sunat. Menyebabkan saya tidak meneruskan puasa sunat. Kerana selalu tidak bersahur kerana tidak terbangun sebelum subuh.

 

2- jadi saya niatkan puasa saya sebagai puasa ganti. Kerana saya nak gantikan puasa yg zaman saya budak2 lagi. Saya akil baligh awal darjah 4 , sekarang umur 31. Jadi saya perlu bayar fidyah ka untuk qadak puasa yang lalu.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan:

1.  Boleh terus berpuasa walaupun tidak bersahur. Secara asasnya sahur merupakan perkara sunat yang digalakkan bagi sesiapa yang ingin berpuasa. Nabi SAW sendiri menyarankan umatnya supaya bersahur kerana terdapat pelbagai kelebihan dan keberkatan padanya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: Bersahurlah, kerana di dalam sahur itu ada keberkatan. 

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

2.   Antara syarat wajib puasa adalah baligh, jika puan telah baligh ketika darjah 4, maka kewajipan berpuasa telah berlaku dan berdosa jika meninggalkan puasa tersebut. Terdapat 2 tanggungjawab yang perlu dilakukan iaitu qadha puasa dan membayar fidyah.

  • Puasa yang ditinggalkan hendaklah diqadha (diganti). Jumlah hari puasa yang wajib diganti adalah sebanyak hari yang ditinggalkan tanpa ada penggandaan.
  • Pengiraan fidyah yang perlu dibayar adalah bergantung kepada jumlah hari puasa yang ditinggalkan. Namun begitu, terdapat pilihan yang diberi sama ada hendak membuat kiraan fidyah secara berganda atau tidak berganda berdasarkan kepada kemampuan puan. Ini sebagaimana Mesyuarat Jawatakuasa Perunding Hukum syara’ (FATWA) Negeri Selangor Bil. 1/2001 yang telah sebulat suara membuat keputusan bahawa harus menggunakan dua kaedah:
  1. Gandakan fidyah dan kifarah mengikut tahun

  2. Tidak digandakan kadar pembayaran fidyah dan kafarah.

Puan boleh membuat kiraan berdasarkan kalkulator pengiraan fidyah yang disediakan dalam talian laman rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan membuat pembayaran secara dalam talian di https://fpx.zakatselangor.com.my/ 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 7

message user image