Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum saya nak bertanya soal cerai.. seandainya suami bergurau tanpa niat "kalau isteri bagi 10ribu kepada suami, suami akan ceraikan isteri" adakah akan akan jatuh talak sekiranya isteri bagi suami pinjam duit??
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan:
Lafaz tersebut bukanlah suatu lafaz yang jelas menunjukkan kepada jatuhnya talak secara terus. Tidak jatuh talak dengan menggunakan lafaz "akan" kerana ia adalah lafaz yang bersifat kemungkinan berlaku. Namun, lafaz cerai atau lafaz taklik bagi tujuan cerai atas apa sebab sekalipun bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main. Ini kerana talak akan jatuh sekiranya lafaznya jelas maksudnya walaupun dibuat secara gurauan.
Sekian, terima kasih.