Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..
semalam ada berlaku pergaduhan besar antara saya dan suami, di pendekkan cerita yang mana sehingga saya ada mengatakan "kalau begini lah sikap awak, yang selalu menyebelahi mengutamakan kluarga awak sebelum saya dan ank awak ni, membuat keputusan sesuka awak tanpa cakap/berbincang dengan saya dulu. ini seakan awak memaksa saya untuk terima segala pengaturan kluarga awak terhadap kita, awak tak pernah matang untuk handle rumahtangga awak sendiri, dan awak selalu sambil lewa soal hati perasaan saya selalu bagi saya "silent treatment" selama perkahwinan ni.nampaknya kita boleh di ambang perceraian"
kemudian suami hanya respond dengan mengatakan
"saya cukup 7 tahun saja bertahan. cerai"
adakah ini taklik? mohon pencerahan. pernikahan kami adalah pada 3 December 2018, sudah nak masuk 6 tahun perkahwinan.
Terima kasih.
Jawapan
Lafaz suami iaitu "saya cukup 7 tahun saja bertahan. cerai" bukanlah lafaz taklik tetapi ia adalah lafaz kinayah (lafaz yang tidak sorih atau jelas). Perkataan tersebut boleh membawa pelbagai maksud yang lain selain maksud talak, mungkin boleh membawa maksud cerai tempat tidur yakni berpisah tempat tidur atau rumah atau sebagainya, atau bermaksud dia marah atau sebagainya. Oleh yang demikian, jatuh atau tidak lafaz kinayah tersebut, adalah bergantung kepada niat suami. Seandainya suami ketika melafazkan perkataan cerai itu dengan berniat talak, maka jatuhlah talak. Seandainya suami tidak berniat talak, maka talak tidak berlaku.
Dalam menentukan niat sesorang atau perkara batin seperti ini, pengakuan suami adalah amat penting. Ini adalah kerana pengakuan suami akan menjadi penentu sama ada talak berlaku atau pun tidak. Oleh itu, segala tanggungjawab adalah terletak di bahu suami terhadap pengakuan yang dibuat seandainya pengakuan yang dibuat adalah tidak benar. Ini berdasarkan kepada kaedah Fiqh:
Maksudnya: Kita (manusia) menghukum sesuai berdasarkan kepada yang zahir, manakala Allah SWT menentukan perkara yang tersembunyi.
Sekian, terima kasih