BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam ustaz

 

Saya nak tanya soalan

Saya telah bercerai secara fasakh dengan suami saya di mahkamah syariah Johor dan dah dapat sijil cerai. 

Soalan saya, adakah saya yang bercerai secara fasakh ni boleh bernikah semula dengan lelaki lain, kerana saya bercerai secara fasakh (dibubarkan oleh hakim mahkamah syariah) dan bukannya diceraikan secara lisan oleh bekas suami saya. Maknanya bekas suami tak jatuhkan talak pada saya, tapi dibubarkan perkahwinan oleh hakim mahkamah syariah. Jadi, bolehkah saya bernikah lain.

 

Terima kasih ustaz


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tersebut, puan boleh berkahwin dengan lelaki lain setelah tamat tempoh iddah sebagaimana perceraian yang lain. Perceraian secara fasakh (dibubarkan oleh Hakim Mahkamah Syariah) menyebabkan hubungan perkahwinan antara puan dengan suami tercerai di bawah kategori talak bain sughra dan bermulanya kiraan iddah.

Perceraian secara fasakh adalah perceraian yang boleh dituntut oleh suami atau isteri melalui Mahkamah Syariah. Isteri pula mempunyai hak untuk menuntut cerai daripada suaminya dengan alasan yang dibenarkan oleh Hukum Syarak. Justeru, Hakim Syarie berkuasa untuk membubarkan perkahwinan puan setelah meneliti permohonan dan keterangan kedua-dua pihak sebelum sesuatu perkahwinan itu dibubarkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 11

message user image