Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya. Suatu hari, selepas saya mandi, saya pun lap badan saya dan meletakkan tuala itu atas katil. Bila saya nak pakai seluar dalam, saya dapati kemaluan saya masih kebasahan dan bila saya lihat lagi, terdapat air mazi keluar. Saya risau kalau air mazi itu telah mengalir sebelum saya lap badan lagi dan terkena tuala saya yang telah pun berada atas katil itu. Adakah saya perlu anggap tuala itu najis serta tempat katil tersebut?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, jika selepas mandi, saudara hanya menyedari najis pada kemaluan selepas menggunakan tuala untuk mengelap badan, dan najis itu tidak disedari semasa proses mengelap, maka ada beberapa kemungkinan:
Namun, kerana saudara tidak menyedari adanya najis sehingga selepas menggunakan tuala, ada keraguan sama ada najis itu sudah terkena tuala atau tidak semasa proses mengelap.
Dalam situasi seperti ini, keraguan (syak) tidak menajiskan sesuatu secara automatik. Selagi tidak ada bukti yang jelas atau kesan fizikal najis pada tuala, kita boleh anggap bahawa tuala tidak terkena najis.
Sehubungan itu, jika kita menghukumkan sesuatu adalah bernajis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.
Ini kerana pada asalnya, sesuatu itu tidak bernajis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka kekal bersih dan suci.
Sekian, terima kasih.