Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya nak tanya berkaitan taklik sebab kurang jelas maksudnya.. mungkin masa to husband tengah bengang dia ada cakap " kalau nak buat perangai pergi balik rumah mak kau" Lepas outstation to selang 2 hari saya ada pergi ke rumah parent saya untuk kuar bejalan. Adakah itu taklik kias ? Dah jatuh taklik atau tiada apa? Kalau dah terjatuh apa yang perlu dibuat? Harap dapat membantu.. mungkin ramai juga yang kene macam ni dan mencari jawapan yang tepat. Terima kasih.
Jawapan
Lafaz suami puan yang berbunyi: "kalau nak buat perangai pergi balik rumah mak kau" , ia adalah lafaz yang berbentuk kenyataan dan tidak ada kaitan dengan talak samada talak yang sorih atau kinayah. Mungkin lafaz itu diungkapkan sebagai satu peringatan atau amaran atau sebagai gambaran rasa marah suami terhadap isterinya.
Sekian, terima kasih