BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, tumpang tanya jika saya travel ke london (contoh) pada waktu itu saya dah solat jamak zohor asar pada hari selasa. Dan setelah sampai di London pun hari yang sama iaitu selasa pada waktu asar ada kah saya perlu menunaikan solat. Mohon pencerahan.

 

Terimakasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya semasa dalam perjalanan tuan telah menunaikan solat Asar secara jamak taqdim, maka tuan tidak perlu menunaikan solat asar apabila telah sampai ke destinasi tuan pada hari yang sama, walaupun waktu Asar negara tersebut telah masuk, kerana tuan telah menunaikan solat tersebut sebagai menerima rukhsah (kemudahan) yang telah Allah berikan kepada orang yang bermusafir.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 4

message user image