BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya baru lepas kemalangan. Tangan kiri patah. Tapi masih boleh menunaikan solat fardhu. Adakah berdosa saya tidak solat Jumaat kerana bimbang tangan saya dihimpit jemaah lain.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, antara salah satu syarat wajib solat Jumaat adalah tidak uzur syarie atau sakit. Maka tidak berdosa apabila tidak solat Jumaat kerana bimbang akan menambahkan lagi kesakitan akibat dihimpit oleh jemaah lain, tetapi wajib menunaikan solat fardhu zuhur. Namun, bagi mengelakkan ancaman meninggalkan solat Jumaat 3 kali seperti mana hadis yang diriwayatkan daripada Abu al-Ja`d bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَنْ تَرَكَ الجُمُعَةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ Maksudnya: "Barangsiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali kerana meringan-ringankannya, Allah akan mengunci hatinya." (Riwayat al-Tirmidzi) Sebaiknya, jika berupaya mengelakkan daripada dihimpit oleh jemaah lain, pilihlah kedudukan solat diruang yang bersesuaian seperti di tepi dinding atau tiang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 200

message user image