BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustazah, saya ingin bertanya soalan tentang darah kotor. Saya ada mengambil perancang cucuk depo. Selepas cucuk depo period tidak teratur. Period bulan ini  keluar setitik2 tapi lama sehingga masuk ke waktu period bulan seterusnya..Jadi persoalannya bagaimana saya ingin tau yang saya period atau darah kotor yang keluar..darah masih berterusan keluar . Period bulan lepas bermula 20/9/2024 sehingga sekarang (19/10/2024). Tarikh period seterusnya 20/10/2024. Apa perlu saya lakukan? Teruskan solat macam biasa? Terima kasih ustazah..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, secara asasnya darah yang keluar berterusan melebihi tempoh maksimum haid iaitu 15 hari 15 malam menunjukkan berlakunya percampuran antara darah haid dan darah istihadhah. Bagi menentukan perbezaannya, ia boleh dikenal pasti dengan dua kaedah, iaitu:

  1. Kaedah Tamyiz: iaitu dengan membezakan jenis darah yang keluar sama ada darah kuat atau darah lemah. Darah kuat dianggap sebagai haid manakala darah lemah dianggap sebagai darah istihadhah. Sebagai contoh: Darah kuat iaitu hitam pekat atau merah pekat keluar selama 8 hari manakala darah merah lemah, coklat atau kekuningan keluar selama 23 hari. Maka 8 hari tersebut merupakan darah haid dan 23 hari tersebut adalah darah istihadhah atau suci. Jika tidak dapat dibezakan darah tersebut maka perlu menggunakan kaedah yang kedua iaitu kaedah adat.

  2. Kaedat adat: Iaitu mengikut adat kebiasaan haidnya sebelum mengambil perancang. Jika kebiasaan haidnya 7 hari, dan 24 hari adalah suci, maka darah yang keluar pada bulan seterusnya boleh mengikut adat haid bulan sebelumya. 

Apabila sudah menentukan perbezaan darah tersebut, maka hendaklah ia mandi wajib dan solat seperti biasa ketika hari suci atau istihadhah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 15

message user image