Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum saya ada soalan berkenan trend sekarang yang orang beli blind box dari popmart yang mana orang beli tanpa tahu bentuk patung yang ada di dalam bekas tu. Biasanya dalam kotak yang besar, ada 9 kotak kecil yang dalamnya isi patung, dekat kotak besar tu ada tunjuk apa bentuk betuk yang bakal kita dapat. Tapi hakikatnya dalam kotak kecik kecik tu kita tak tahu apa bentuk yang akan kita dapat. Saya nak tanya apa hukum nya kat situ? Konsep nya sama ke dengan machine machine mainan yang kita masuk coin tapi tak tentu dapat ke tak patung tu.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara asasnya transaksi jual beli mestilah jauh daripada unsur-unsur yang diharamkan oleh syarak seperti perjudian dan pertaruhan. Barangan yang dijual juga mestilah jelas dan diketahui oleh pembeli.
Berdasarkan situasi yang disebut berkaitan pembelian blind box dari popmart, wujud elemen yang dilarang dan diharamkan dalam Islam iaitu gharar (ketidak pastian), di samping itu, konsep pembelian seperti ini dilihat menafikan serta mengabaikan hak pembeli untuk memilih barangan yang dikehendakinya setimpal dengan harga yang dibayar.
Gharar ialah elemen ketidakpastian atau keraguan dalam sesuatu transaksi. Jika pembeli tidak tahu apa sebenarnya yang dibeli, atau ada ketidaktentuan tentang barang yang akan diterima, maka terdapat unsur gharar yang boleh menyebabkan transaksi itu tidak sah dari sudut syarak.
Dalam hadis Nabi SAW, terdapat larangan terhadap jual beli yang mempunyai unsur gharar sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa beliau berkata:
Maksudnya: Rasulullah SAW melarang jual beli yang ada unsur gharar. (Hadis Riwayat Muslim)
Elakkanlah jual beli yang sesuatu yang tidak jelas apa yang bakal diterima kerana ia termasuk di dalam perkara yang dilarang oleh syariat.
Sekian, Terima Kasih