BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Cara buang barang yang ada nama Allah selain kertas seperti jam plastik, besi atau tembaga.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, barang-barang tersebut hendaklah dilupuskan mengikut jenis bahan tersebut. Sebagai contoh, bahan plastik boleh dibakar, bahan logam seperti besi dan tembaga dileburkan. Tuan juga boleh memisahkan bahagian yang mengandungi nama Allah atau ayat-ayat Al-Quran daripada barang tersebut dan meletakkan barang tersebut di tempat pelupusan yang sesuai. 

Berkenaan dengan sisa bahan tersebut sebaiknya hendaklah dikumpulkan dan diletak ditempat yang selamat seperti ditanam pada tempat yang bersih dan tidak dilalui oleh orang ramai supaya tidak dipijak. Selain itu, boleh juga ia dihanyutkan ke dalam laut atau sungai yang mengalir. Ini bagi menjaga kesucian dan kemuliaan al-Quran serta dapat mengelak daripada perkara yang boleh mencemarkan kesucian al-Quran.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 13

message user image