Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Jika kita terlanggar pasu atau kereta jiran dan menyebabkan berlaku kerosakan kepada kereta atau pasu jiran tersebut dan kita tidak memberitahu kepada jiran tentang hal yang tersebut, adakah kita dikira berhutang dan menyebabkan kita tidak boleh melakukan solat jamak dan qasar ketika bermusafir.
Sekian, terima kasih atas keprihatinan pihak tuan menjawab persoalan saya.
Jawapan
Terdapat beberapa halangan ke atas orang yang bermusafir untuk melakukan rukhsah ketika bermusafir termasuk solat secara jamak dan qasar.
Dinyatakan dalam kitab Nihayah al-Muhtaj Ila Syarh al-Minhaj karangan Imam Syamsuddin al-Ramly, di antara maksiat yang menghalang seseorang musafir melakukan rukhsah ketika berusafir antaranya adalah;
Maksudnya : Dan seseorang yang bermusafir dalam keadaan menanggung hutang yang telah cukup tempoh serta mampu melangsaikannya tanpa izin pemberi hutang.
Merujuk kepada nas di atas, perkara yang menghalang seseorang musafir melakukan rukhsah dalam permusafirannya adalah:
Adapun sekiranya tidak memenuhi lima perkara di atas, maka tiada halangan baginya untuk melaksanakan rukhsah ketika bermusafir. Berbalik kepada soalan yang diajukan, tiada halangan untuk tuan melakukan rukhsah ketika bermusafir seperti melaksanakan solat secara jamak dan qasar kerana melanggar pasu jiran bukanlah dikategorikan sebagai hutang dan tidak dikira sebagai dosa sekiranya dilakukan secara tidak sengaja. Namun wajib bagi tuan untuk memaklumkan kepada jiran dan membayar ganti rugi.
Sekian, terima kasih.