BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya nk tnya masa saya solat dan masa tu dalam keadaan takhyat akhir kemudian sebelum saya memberi salam saya menelannya kemudian saya pun mengucapkan salam tapi saya teringat bahawa sebelum solat saya tidak ada makan apa² adakah sah solat saya ?? 

 

Minta penjelasan 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Merujuk kepada imam Nawawi di dalam kitabnya ada menyatakan: "Dan sekiranya makanan yang terlekat di celahan gigi kemudian ditelan makanan tersebut dengan sengaja atau sesuatu yang turun daripada kepala kemudian ditelannya secara sengaja, maka batal solatnya tanpa ada khilaf fuqaha'. Namun, sekiranya menelan sesuatu yang sukar dihalang seperti bercampurnya air liur dengan makanan, tanpa sengaja atau menelan kahak yang sukar untuk menghalangnya, maka tidaklah batal solatnya". Dalam hal ini, Dr. Muhammad Zuhaili menyatakan sekiranya di antara celahan gigi terdapat sisa makanan yang kadarnya tidak sebesar kacang kuda, dan menelannya tanpa disengajakan maka tidak membatalkan solatnya. Dan sekiranya sebaliknya maka batal solatnya. Begitu juga tidak membatalkan solatnya sekiranya menelan air liur yang banyak. 

Berbalik kepada persoalan tuan/puan, jika menelan air liur tidak membatalkan solat. Jika ianya sisa makanan di celahan gigi yang sedikit tanpa disengajakan maka tidak membatalkan solatnya. Begitu juga, sekiranya ianya sisa makanan yang sedikit yang tidak diketahui dan tertelan dengan tidak sengaja, maka ia juga tidak membatalkan solat.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 7

message user image