BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,wajibkah A tunaikan satu perjanjian tukar nama(A) owner rmh kepada si B...Si B yg buat prjanjian dan si A hnya ia kan krn mjaga kesihtn si B ...dan skrg si B suda meninggal dunia dan x sempat utk B berikn duit pd si A...adaka msi bola diteruskn perjanjian tanpa hitam putih..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada persoalan, perjanjian tanpa sebarang pembuktian dan dokumen adalah terbatal dan tidak berlaku. Hal ini kerana tidak berlaku transaksi perpindahan milik sewaktu si mati masih hidup sebagaimana akad yang dipersetujui oleh si A dan B iaitu dengan membayar cagaran kepada si A sebagai gantian pemilikan si A. Namun begitu, jika si B membayar cagaran kepada si A ketika hayatnya, maka berlaku perpindahan milik secara rasmi dan perjanjian tersebut perlu dilaksanakan.

Oleh kerana tidak berlaku perpindahan milik secara rasmi berdasarkan akad yang dipersetujui, maka harta bahagian si A kekal menjadi pemilikannya sahaja. Adapun bagi waris si B mereka hanya layak menuntut bahagian peninggalan yang dimiliki oleh si B sahaja kerana ia telah menjadi harta pusaka yang layak dimiliki oleh setiap waris. Untuk persoalan lebih lanjut, saudari boleh berhubung dengan pihak Baitumal, Majlis Agama Islam Selangor berkaitan harta pusaka.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 15

message user image