BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalammualaikum Ustaz, saya nak tanya. saya berminat untuk buat perkhidmatan sewa homestay (airbnb) disekitar selangor kl. saya nak tanya hukum jika saya bagi sewa airbnb tersebut tetapi tidak mengambil tahu perkara yang dilakukan oleh penyewa di dalam rumah tersebut seperti maksiat dan sebagainya. adakah saya turut berdosa bersubahat dan adakah income tersebut halal?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Tanggungjawab Pemilik Sewaan (Airbnb)

Pemilik rumah yang disewakan melalui platform seperti Airbnb, secara asasnya adalah bertanggungjawab memastikan penggunaan hartanah tersebut adalah untuk perkara yang halal dan baik. Jika diketahui penyewa akan menggunakan rumah tersebut untuk maksiat atau perkara yang dilarang, maka adalah menjadi tanggungjawab pemilik untuk menghalang atau memberi nasihat, jika tidak, pemilik rumah akan dikira sebagai bersubahat, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya: 

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). 

Oleh itu, secara umumnya pendapatan yang diperolehi daripada Airbnb adalah harus dan halal sekiranya pemilik rumah berusaha untuk menjaga dan memastikan rumah yang disewakan itu tidak digunakan untuk perkara-perkara yang diharamkan, sebaiknya letakkan syarat antara pemilik rumah dan juga penyewa bagi memastikan rumah yang disewa tidak digunakan untuk perkara yang haram.

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 15

message user image