BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya agak keliru mengenai syahdah yang saya pernah baca dan apa yang saya baru periksa balik, sebelum ni saya belajar macam ni,

وَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللَّهِ

Kalau perasan ada sabdu di Rasulullah tu, tapi lepas saya periksa balik baru2 ni, tiada tanda sabdu pun di situ. Jadi apakah solat2 saya sebelum ini dikira tidak sah?

Terima kasih terlebih dahulu didahulukan

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, bacaan selawat ke atas Nabi SAW pada tahiyat akhir adalah wajib kerana ianya rukun qawli, jika meninggalkan bacaannya maka solatnya tidak sah. Oleh itu, bacaan rukun ini juga perlulah dijaga setiap hukum tajwidnya dari terdedah kepada lahan jaliy (kesalahan yang nyata) sehingga boleh merubah kepada makna yang lain. Justeru, lafaz yang tuan sebutkan tadi adalah merupakan lafaz tasyahud yang benar menepati syariat Islam. Hal ini kerana bacaan tanda sabdu di dalam lafaz selawat itu hanya disebutkan ketika melafazkannya sahaja namun ianya tidak ditulis pada perkataan. Dan hukum di dalam ilmu tajwid dinamakan sebagai Idgham bi la Ghunnah iaitu memasukkan baris tanwin atau nun sakinah (berbaris mati) ke dalam huruf ra' atau lam. Hukum bacaanya adalah tidak didengungkan. Justeru, jika tuan membaca lafaz selawat itu menepati hukum tajwid yang betul maka solatnya dikira sah. Hukum solat tuan dikira sah kerana pada lafaz selawat yang tuan kemukakan itu tidak bercanggah dengan hukum tajwid. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 10

message user image