BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz/Ustazah serta pihak panel Jabatan Mufti Negeri Selangor, saya Faliq dari Klang, Selangor. Moga kita semua sentiasa di dalam rahmatNya.

Mohon Izinkan Saya bertanyakan soalan dan mohon pencerahan berkaitan cara Mandi WAJIB yang betul dan sah.

Cara Mandi WAJIB
1) niat
2) meratakan air keseluruh anggota badan dengan yakin.

Saya ingin bertanyakan pada Ustaz/Ustazah serta pihak panel, jika kita niat mandi WAJIB, ketika mandi WAJIB tersebut kita menggunakan sabun mandi adakah tidak dibolehkan?

Maksudnya kita menggunakan sabun mandi, kemudian ketika hendak bilas sabun tersebut pada anggota badan, kita hadirkan niat utk mandi WAJIB dan seterusnya kita bilas dengan air sehingga hilang sabun tersebut pada badan dan kita yakin air telah rata ke seluruh badan kita yang zahir. Adakah sah mandi wajib tersebut?

Mohon bantu pencerahannya. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Syarat fardu mandi wajib ada tiga iaitu:

1) Niat. Hendaklah seseorang itu berniat mandi wajib bagi membolehkannya melaksanakan ibadah yang haram dilakukan kerana junub.
2) Membersihkan najis dan kotoran yang melekat pada badan dan menghalang air daripada sampai ke kulit.
3) Meratakan air ke seluruh anggota badan termasuk kulit dan bulu-bulu yang ada di badan

Merujuk kepada persoalan saudara, sebaiknya terus berniat untuk mandi wajib. Semasa mandi itulah boleh disekalikan dengan membersihkan anggota badan, shampoo rambut, sabun, gosok gigi dan lain-lain perbuatan. Adapun situasi saudara menghadirkan niat ketika membilas anggota badan setelah segala najis dan kotoran yang melekat pada badan telah dibersihkan dan saudara yakin air telah rata ke seluruh anggota badan, maka mandi wajib saudara adalah sah.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 8

message user image