Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan saya ialah ibu saya telah kematian suami iaitu ayah saya 3 tahun yang lepas, kemudian ibu ada berniat untuk berkahwin lagi tetapi kesemua adik beradik saya tidak setuju, apakah hukum jika diteruskan perkahwinan itu? Disebabkan kesemua adik beradik saya tidak bersetuju ia akan mendatangkan kemudaratan kepada keharmonian keluarga kami, apakah hukum kami sebagai anak anak dan hukum bagi seorang ibu yang mungkin mengabaikan pendapat anak anak nya.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan:
Terdapat 5 rukun nikah iaitu
Salah satu daripada rukun nikah adalah wali. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW:
“Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya, maka nikahnya batil, nikahnya batil dan nikahnya batil”. (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah)
Bagi perkahwinan seorang janda, wali tetap disyaratkan sebagaimana perkahwinan yang lain. Namun begitu, janda itu lebih berhak menentukan pasangannya berbanding wali berdasarkan hadis daripada Ibnu Abbas, sabda Nabi SAW:
“Janda lebih berhak ke atas dirinya dibandingkan walinya” (Riwayat Muslim)
Oleh itu, perkahwinan yang diteruskan tanpa persetujuan anak-anak adalah sah selagimana mencukupi syarat-syarat perkahwinan. Sebagai seorang anak yang mengambil berat akan ibunya, anak-anak boleh memberi nasihat kepada si ibu berdasarkan pertimbangan-pertimbangan ahli keluarga. Namun begitu, hasrtat ibu untuk berkahwin lain juga perlu diraikan lebih-lebih lagi jika calon bakal suaminya adalah daripada lelaki yang baik-baik. Perkara ini boleh diselesaikan dengan perbincangan yang baik sesama ahli keluarga.
Sekian, terima kasih.