BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya baru sahaja hamil luar rahim pada 5 minggu dan menjalani pembedahan. Saya keluar darah pada 2 hari pertama, kemudian keluar cecair berwarna coklat dalam jumlah yang sedikit selama 7 hari. Kemudiannya, keluar darah pada hari ke-8 dalam jumlah yang biasa yang saya dapat setiap kitaran haid saya. Apakah jenis-jenis darah ini (istihadah/nifas/haid) dan apakah hukum untuk solat?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Darah yang keluar semasa keguguran mempunyai perbezaan hukum mengikut tabiat dan cara darah itu keluar. 

  1. Jika darah keluar bukan pada waktu suci daripada haid dan darah itu telah dikenalpasti oleh pakar perubatan sebagai bukan janin yang gugur, maka ia merupakan darah haid. begitu juga jika darah itu keluar sebelum janin yang gugur. 

  2. Jika darah keluar pada waktu suci daripada haid atau tidak cukup sehari semalam atau melebihi 15 hari dan darah itu telah dikenalpasti oleh pakar perubatan sebagai bukan janin yang gugur, maka ia merupakan darah istihadah atau fasad. 

  3. Jika darah itu dikenalpasti sebagai janin yang gugur dalam fasa ‘alaqah (segumpal darah), maka itu adalah darah wiladah. 

  4. Jika darah itu keluar bukan pada waktu suci daripada haid dan darah itu telah dikenalpasti sebagai janin yang gugur dalam fasa ‘alaqah (segumpal darah), maka darah yang keluar selepas itu adalah darah nifas. 

Merujuk kepada persoalan, wanita yang keguguran sama ada dalam bentuk ‘alaqah (ketulan darah) atau mudghoh (ketulan daging lembut) di mana pakar perubatan telah mengesahkan ia adalah asal bagi kejadian janin maka darah yang keluar selepasnya adalah darah nifas. Pada ketika haram bagi puan untuk mengerjakan solat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 8

message user image