Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualikum tuan mufti...Bolehkah cukur rambut bayi baru lahir menggunakan mesin...tapi rambut tak licin sampai kulit kepala macam mengunakan pencukur biasa...terima kasih tuan mufti harap dapat balas
Jawapan
Mencukur rambut bayi merupakah salah satu perkara sunat yang digalakkan oleh syarak. Hadis yang diriwayatkan daripada Samurah bin Jundub katanya, Rasulullah SAW bersabda;
Maksudnya; “Setiap anak terikat dengan akikahnya. Disembelih bagi pihaknya pada hari ketujuh kelahirannya dan dicukur rambutnya dan diberi nama pada hari yang sama” (Riwayat Ibnu Majah).
Merujuk kepada persoalan tuan/puan, sunnah mencukur rambut bayi menggunakan mesin pencukur atau apa jua peralatan sehingga licin (botak) bagi mencapai maksud mencukur secara umum sebagaimana yang disebut di dalam hadis.
Sekian, terima kasih.