BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya nak bertanyakan soalan. Baru-baru ni berlaku pertengkaran suami isteri kerana isteri dapat tahu yg suaminya melihat benda-benda lucah dan melakukan onani. Dipendekkan cerita, untuk mengelakkan isteri daripada merajuk, si suami berkata (Sekiranya aku melakukan dan melihat benda-benda tersebut, maka jatuh talak). 

Si suami tiada menyebut dengan perkataan berkenaan onani atau melihat benda-benda lucah semasa lafaz tersebut. Hanya berniat dalam hati untuk menenangkan isteri dan dan berniat untuk tidak melihat dan melakukan benda-benda tersebut. 

 

Persoalanya, adakah perbuatan ini dikira jatuh talak ataupun lafaz tersebut tidak jelas atau macamana? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Lafaz suami yang berbunyi "Sekiranya aku melakukan dan melihat benda-benda tersebut, maka jatuh talak" adalah lafaz taklik dalam bentuk kinayah atau kiasan iaitu lafaz yang tergantung kepada niat suami ketika melafazkan perkataan tersebut, seandainya melafazkan ayat "melihat benda tersebut" dengan niat atau maksud "benda-benda lucah", maka boleh membawa kepada jatuhlah talak namun sebaliknya seandainya suami tidak berniat seumpama itu maka talak tidak berlaku.

Walaubagaimanapun, memandangkan ada qarinah yakni perselisihan faham atau pertengkaran sebelum lafaz itu diungkapkan dan ia boleh jadi menjadikan sandaran hukum bagi menentukan talak jatuh atau tidak, maka tuan hendaklah merujuk perkara ini kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap lafaz tersebut dalam kadar segera memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 10

message user image