BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam.

Saya nak tanya berkenaan qada solat selepas habis haid.

Setelah bertahun-tahun, baru saya baru tahu bahawa ada solat yang perlu diqada selepas habisnya haid. 

"Apabila hilangnya mani’ (penghalang solat, seperti haid, dan gila) sedangkan berbaki masa sebelum habisnya suatu waktu solat kadar takbiratulihram dan lebih,maka wajib diqadakan solat tersebut. Begitu juga solat sebelum itu wajib diqada jika ia daripada jenis yang boleh dijamak dengannya." Sumber: AL KAFI #1842: HUKUM MENQADAKAN SOLAT SEKIRANYA SUCI DARIPADA HAID SEBELUM SUBUH

Kalau selama ini saya tidak qada, adakah wajib untuk saya menggantikan solat-solat tersebut? Selain itu, saya tidak tahu solat apa yang saya perlu qada.

Terima kasih.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, Solat yang telah ditinggalkan wajib diqada' sekiranya diyakini telah suci daripada haid sebelum masuk waktu solat yang berikutnya. Manakala bagi keadaan tidak diyakini atau tidak diketahui secara pasti bilakah tempoh bermula waktu suci, maka waktu sucinya dikira bermula dari waktu yang paling hampir ketika anda melihat tiada lagi tanda-tanda haid.

Dalam kes tidak diketahui secara pasti jumlah sebenar waktu solat yang ditinggal maka lakukanlah qada’ solat sebanyak yang termampu dilakukan berdasarkan kepada sangkaan yang berat jumlah waktu solat yang telah ditinggalkan. Kaedahnya menurut pandangan Dr. Wahbah al-Zuhailiy dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami wa adillatuh : “Harus mengqada' solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah (waktu yang dilarang mendirikan solat) daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada’ solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” solat Qada’ tersebut juga boleh dilakukan selepas selesai menunaikan solat fardu contohnya selepas selesai solat fardu Zohor, saudari qada' solat Zohor. Begitulah seterusnya selepas solat fardu yang lain sehingga cukup jumlah anggaran tersebut.      

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 8

message user image