Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Asalamualaikum Tuan/Puan saya mahu bertanya,saya ada bercakap telefon dengan ibu saya mengenai sepupu saya yang baru saja bercerai.ibu saya menceritakan semuanya mcm mana jatuhnya talak pada isteri sepupu saya.ibu cakap si isteri sepupu saya memaksa suami dia melepaskan nya dengn keaadaan marah suami nya cakap "aku ceraikan kamu" dan jatuh laa talak dan bercerai lah diorang.saya pulak menceritakan perkara ni pada isteri saya apa yang ibu saya cerita semuanya tu..Saya cakap begini "diorang dah bercerai awak lepas tu talak diorng jelas iaitu aku ceraikan kamu so jatuh la talak sbb dy jelas dan nyata" saya bercerita lah kepada isteri saya mcm mana ibu saya ckpkan. pertanyaan saya,adakah jatuh talak jugak bagi saya kerana bercakap demikian kepada isteri saya sedangkan tujuan tu bukan untuk isteri saya
Jawapan
Persoalan tuan berkaitan bercerita tentang talak, maka ia tidak jatuh talak. Syeikh Zakariya Al-Ansori Rahimahullahu Taala melalui kitab Al-Ghurar Al-Bahiyyah fi Al-Bahjah Al-Wardiyyah, menyatakan ada tiga golongan yang tidak jatuh talaknya iaitu:
Syeikh Zakaria Al-Ansori Rahimahullahu Taala menyatakan:
Maksudnya : ... yang dianggap (dalam talak) adalah kesengajaan dalam kata dan makna. Tidak termasuk dari talak adalah bercerita tentang talak orang lain, dan penjelasan talak seorang ahli fiqh, dan panggilan dengan kata "Taliq" (orang yang dicerai) bagi wanita yang bernama Taliq.
Kesimpulannya tidak jatuh talak kepada isterinya jika seseorang itu menceritakan berkaitan talak orang lain seperti mana yang dinyatakan di atas.
Sekian, terima kasih