BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Situasinya begini, anak lelaki sy yg berumur 3tahun semasa mandi, suka bermain dengan kemaluannya. Dia suka picit2 @ tarik kulit zakar tu ke belakang sehingga tegang (menampakkan bahagian dalam zakar & bahagian dalam tu seperti terkeluar sedikit dari kulit). Persoalan saya, jika sesudah siap mandi, anak saya main2 dgn kemaluan dia dan tarik smpai tegang, kemudian dia sentuh pula bahagian dalam zakar itu yg agak terkeluar sedikit dari kulit tadi.

1. Adakah tangan anak yg sentuh bahagian dalam zakar itu tadi, sudah jadi najis? Saya tiba2 terfikir sebab selalu basuh kemaluan dia di bahagian luar sahaja, bahagian dalam tak disentuh. Jadi adakah bahagian dalam itu bernajis?

2. Dan jika tangan ank sudah jadi najis, saya telah mengelap seluruh anggota badannya gunakan tuala, adakah tuala tersebut tadi juga turut dikira bernajis?

3. Kemudian, saya letakkan tuala tersebut di atas cadar tilam, adakah cadar tilam sy juga bernajis?
 

Mohon pencerahan ustaz, sy sangat keliru mengenai ini. Terima kasih banyak2 ustaz.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan.

Perbuatan anak puan yang memegang kemaluannya dengan menarik sehingga keluar kepala zakar daripadanya kulitnya tidak menjadikan tangannya bernajis sehingga jelas tanda-tanda kewujudan najis melalui bau, warna dan rasa. Pada ketika ini ia perlu dibasuh dengan air mutlak sehingga tanda-tanda tersebut hilang. Begitulah juga situasinya dengan tuala dan cadar tersebut sekiranya wujud tanda-tanda kehadiran najis melalui bau, warna dan rasa maka ia dikira sebagai bernajis dan perlu dibasuh dengan air mutlak sehingga hilang tanda-tanda tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 7

message user image