BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum w.b.t. saya ingin bertanya mengenai hukum melukis karakter anime yang lengkap seluruh tubuh badannya. Kebanyakkan ulamak dari luar negara mengatakan hal ini haram kerana ia merupakan makhluk hidup . Ada juga yang mengatakan boleh namun tidak boleh dilukis tubuh badannya sepenuhnya. Saya juga ada membaca jawapan di laman web ini dan pihak tuan mengatakan hukumnya harus kerana anime tidak menggambarkan sepenuhnya rupa bentuk manusia. Namun ia agak membuatkan saya ragu-ragu, kerana meskipun ada pendapat ulamak di luar sana yang mengatakan boleh, mereka hanya membenarkan bagi yang melukis untuk tujuan dakwah sahaja. Seperti yang kita tahu, ramai orang yang melukis anime di dalam negara ini kebanyakkan bukanlah untuk tujuan dakwah mahupun pendidikan, namun sebagai rasa minat mereka terhadap karakter tersebut sahaja dan juga untuk dipamerkan kepada orang lain. Juga umum diketahui kebanyakan karakter perempuan anime sering memakai baju yang kurang sopan dan mendedahkan aurat. Jadi persoalan saya, adakah masih harus hukumnya melukis anime sekiranya pelukisnya hanya melukis buat hiburan sahaja dan bukan untuk tujuan dakwah dan pendidikan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Secara asasnya, melukis atau memotret sesuatu lukisan terdapat dua hukum iaitu harus dan haram. Lukisan yang harus adalah lukisan makhluk yang tidak bernyawa dan digunakan sebagai alat kegunaan seperti lukisan pada pinggan atau cawan. Lukisan yang haram adalah lukisan makhluk bernyawa yang dihormati dan dimuliakan dengan tidak menjadikannya sebagai alat kegunaan.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, harus hukumnya melukis makhluk tidak bernyawa seperti gambar pokok, pemandangan dan lain-lain makhluk yang tidak bernyawa, sebaliknya haram melukis karakter anime yang menyerupai makhluk bernyawa dengan tujuan hiburan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 16

message user image