BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya ingin bertanya. Adakah wajib bagi seseorang yang tidak mempunyai ilmu agama yang mencukipi untuk memilih seorang ulama dan mengikut pandangannya sahaja, sama ada ianya mudah mahupun susah? Saya pernah mendengar ceramah Sheykh Assim Al-Hakim mengenai seorang "layman" yang mengalami kesukaran dalam memilih fatwa dari dua ulama yang terkenal dan ingin memilih pendapat yang ringan. lalu dia berkata perbuatan ini adalah "cherrypick" dan seseorang "layman" tidak boleh melakukan ini. Dia harus tetap dengan pendapat seorang sahaja ulama pilihannya dan sekiranya pendapat ulama itu sukar sekali pun, maka dia harus mengikutinya. Saya faham apa yang cuba disampaikan beliau kerana sekiranya seseorang itu hanya ingin memilih pendapat yang mudah sahaja, maka hal ini dapat mendorong kepada memainkan agama Islam. Namun, saya agak kurang pasti mengenai pendapatnya yang melarang seseorang itu untuk mengambil pendapat ulama lain apabila berlaku khilaf pendapat antara ulama. Kerana saya juga ada membaca, seseorang itu tidak boleh mengambil fatwa yang paling mudah tanpa mengambil kira pandangan ulama lain yang pandangannya mungkin lebih ketat dan disertakan bukti-bukti serta huraian yang dapat menyokong fatwanya itu. Lalu, bagaimana pula, sekiranya saya sentiasa bertanya soalan kepada website yang menjawab kemusykilan agama, lalu saya diberi fatwa yang saya rasakan, terlalu ringan dan tidak dapat membuatkan hati saya tenang sepenuhnya. Dan kemudian, saya pergi bertanyakan soalan kepada website agama yang lain (yang sebelumnya saya tidak pernah guna) , dan mereka memberikan saya fatwa yang lebih tegas. Meskipun ia lebih tegas, namun saya merasakan hati saya akan lebih tenteram sekiranya saya mengikut fatwa mereka. Dalam kes seperti ini, adakah saya dianggap berdosa? Kerana saya mencari fatwa yang saya rasakan lebih sesuai dengan kehendak hati. Dan sekiranya saya sering me

enanyakan soalan di website ini, adakah sudah tiada keperluan untuk saya bertanya di website yang lain walaupun fatwa yang diberikan adalah mudah dan sukar


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan:

Mazhab orang awam adalah mengikut mazhab muftinya (ulama di negeri tersebut). Orang awam wajib bertaklid dengan pandangan mujtahid. Mujtahid yang dimaksudkan adalah ulama yang telah mencapai darjat mujtahid seperti Imam mazhab kita iaitu Imam Syafie serta ulama-ulama mazhab Syafie yang lain. Hal ini tidak berlaku kepada ustaz-ustaz atau guru-guru yang ada pada hari ini kerana amat sukar untuk mereka mencapai darjat Mujtahid ini.

Di Malaysia, umum mengetahui bahawa masyarakat kita beramal dengan mazhab Syafie dari semua sudut kecuali pada perkara-perkara tertentu yang dibenarkan untuk bertaklid (mengikut) pandangan mazhab lain atas dasar keperluan dan maslahah. Hal ini akan diputuskan oleh pihak berautoriti di Malaysia iaitu Jabatan-Jabatan Mufti di negeri masing-masing.

Perkara ini tidak menghalang masyarakat untuk bertanya kepada mana-mana ustaz atau website yang diyakini untuk dirujuk seterusnya bertaklid kepada mana-mana pandangan yang dirasakan sesuai untuknya selagi mana ia disandarkan kepada seorang mujtahid atau berdasarkan kepada dalil yang kuat. Tidak boleh mencari pandangan yang mudah semata-mata kerana ia dilarang, perlu diingatkan juga bahawa hukum syarak adalah berbentuk ketaatan kepada perintah dalam semua keadaan. Adalah dinasihatkan juga agar meraikan pandangan yang dikeluarkan oleh badan berautoriti dalam urusan agama di negeri tempat tinggal agar tidak berlaku perbalahan yang merugikan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 12

message user image