BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum En/Pn,

Maaf untuk bertanya, saya ada buat nazar bahawa jika hari (sekian) tak hujan, saya bernazar saya akan berpuasa 2 hari. Tapi pada hari kejadian hujan. Dengan itu nazar saya automatik terbatal atau kene berpuasa jugak ya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, seseorang yang bernazar dengan menggantungkan pelaksanaannya pada suatu syarat seperti hujan dan jika syarat tersebut berlaku maka nazar tersebut wajib dilaksanakan. Sebaliknya jika syarat tersebut tidak berlaku, maka nazar tersebut tidak perlu ditunaikan. Mengikut situasi anda, disebabkan hujan turun pada hari yang dijadikan syarat, maka puasa nazar tersebut tidak perlu dilaksanakan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 11

message user image