BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, mohon bertanya, saya malam tadi bertengkar dengan isteri saya dan saya maklumkan kalau pergi travel (7/11/2024) bulan depan bersama kawan2 die akan gugur talak. boleh ke saya tarik balik kenyataan saya dan benarkan die travel. mohon pencerahan. terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tersebut, lafaz yang saudara ucapkan kepada isteri sekiranya dia pergi travel bulan depan bersama kawan-kawannya akan gugur talak, ia merupakan lafaz taklik dan boleh gugur talak sekiranya isteri pergi travel pada tarikh tersebut. Taklik yang telah dilafazkan tidak boleh ditarik balik. Jika khuatir berlaku talak ke atas isteri, sebaiknya elakkan travel pada tarikh yang telah ditaklikkan. Justeru, isteri boleh pergi travel pada tarikh sebelum atau selepas 7/11/2024.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 14

message user image