BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..

Saya yang bernama seperti diatas ingin mengajukan soalan berkenaan pembahagian harta pusaka setalah ibu saya meninggal dunia.Pertama sekali ayah saya telah meninggal dunia hampir 30 tahun dan ibu saya telah berkahwin baru setelah 12 tahun pemergian ayah saya..saya mempunyai 7 beradik,3 laki2 dan 4 perempuan.Adakah ayah tiri saya berhak keatas rumah pusaka ibu saya yang dimiliki sebelum ia berkawin dengan bapa tiri saya kerana rumah itu ibu saya perolehi dari pemberian arwah nenek saya.Kedua,bagaimana dengan barang kemas peninggalan ibu saya,yang mana semua nya didapati dari hasil titik peluh ibu saya sendiri dan ada juga hadiah dari kami adik beradik,adakah ayah tiri saya juga berhak keatas barang kemas itu mengikut Faraid?Sedangkan selama ibu saya hidup kami adik beradik yang menyediakan tempat tinggal (kos memperbaiki rumah jika rosak) dan urusan menjaga ibu kami yang mana ayah tiri tidak menyediakan apatah lagi untuk menjaga ibu saya semasa beliau sedang sakit..Mohon memberikan jawapan yang tepat supaya kami adik beradik tidak termakan harta Batil..sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, suami kepada arwah ibu (ayah tiri) secara umumnya berhak mewarisi harta pusaka peninggalan arwah isterinya mengikut bahagian yang berhak diterimanya menurut syarak termasuklah rumah pusaka arwah isteri yang dimiliki sebelum beliau berkawin dengan ayah tiri dan segala barang kemas peninggalan arwah ibu serta barang kemas pemberian hadiah dari adik-beradik tuan. Sebarang kemusykilan berkaitan pengagihan harta pusaka, pihak tuan disarankan untuk merujuk Bahagian Harta Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor di talian 03-5514 3773 atau hadir bagi mendapatkan sesi runding cara harta pusaka di Majlis Agama Islam Selangor Tingkat 9 & 10 Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 15

message user image