BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum ustaz/ustazah.

Saya Pn Ummu Amir dari Kuching, Sarawak.

 

Soalan saya : Adakah ibu mertua saya mempunyai hak atas nafkah (rumah yang dibeli oleh suami)?. Contohnya dia tidak membenarkan orang-orang tertentu (yang dia tak suka) masuk dalam rumah kami kerana katanya itu adalah rumah anaknya.
Untuk makluman, ibu mertua saya duduk di kampung.

 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, sekiranya rumah tersebut dibeli semasa suami puan masih bujang, maka ia adalah milik suami puan. Oleh yang demikian, orang lain tidak ada hak untuk mengatur atau menetapkan apa-apa peraturan yang tertentu selain dari suami puan. Adapun puan sebagai isteri semestinya ada hak terhadap urusan dan ketetapan yang hendak dilaksanakan dalam rumahtangga puan termasuklah menimbang tara nasihat si ibu berkaitan orang tertentu yang tidak disukainya masuk ke dalam rumah tersebut. Namun, perlu diingatkan bahawa suami puan adalah ketua rumah tangga dan tuan rumah yang berhak menentukan peraturan tertentu.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 6

message user image