Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum saya ingin bertanya, pada suatu hari saya rasa tercabar dan marah.Saya telah limitkan isteri saya balik ke rumah ibunya atas faktornya ibu beranggap isteri saya seperti tiada suami dan janda berhias sebab ketiadaan saya datang ke rumah ibunya dan rumah neneknya. Pada masa sama saya ada menelefon ibu mertua saya dan mengatakan bahawa saya akan limitkan pergerakan isteri untuk balik kecuali ibunya rindu atau mahu meminta tolong daripada anak nya baru lah saya akan izinkan isteri balik ke rumah ibunya. Sekarang ini saya telah mengizinkan isteri saya untuk balik rumah ibunya atas faktor anaknya rindu tetapi ibu mertua saya kata ada berlaku pelanggaran disebabkan sifat talik sebab ibunya tidak bermesej kepada si isteri dan saya suruh balik ke rumahnya. Saya punya niat untuk limitkan pergerakan si isteri cuma nak jauhkan dari fitnah orang. Pada masa sama saya tidak lafazkan "" jikalau dia balik maka berlaku nya t****"" .. adakah ini akan jatuh hukum seperti mana ibu mertua saya cakap?
Jawapan
Berdasarkan kepada kenyataan saudara, me'limit'kan (menghadkan) pergerakan isteri daripada kerap balik ke rumah ibu dan neneknya, tanpa melafazkan apa-apa taklik terhadap isteri, maka dianggap tiada taklik. Justeru, talak juga tidak berlaku. Saudara berbuat sedemikian hanyalah bertujuan untuk mengawal isteri dan hendak jauhkan dari fitnah orang sahaja.
Sekian, terima kasih.