BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz saya nak tanya,hamba Allah ini ada pakai nama saya ambik loan iphone 15,tanpa pengetahuan saya,tapi saya ingat nak bayar je tiap bulan, sebab hamba Allah ni lari, adakah dikira sedekah ustaz?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Jika diniatkan sedekah dan reda dengan perkara ini, insha Allah ia menjadi sedekah. Namun, perbuatan hamba Allah tersebut merupakan satu kesalahan dari segi agama dan undang-undang. Saudara dinasihatkan untuk membuat laporan polis agar satu siasatan dapat dijalankan dan pihak yang bersalah dapat dikenakan hukuman agar perkara ini tidak berulang kepada individu lain.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 9

message user image