Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya. Saya ada isu was2 mengenai niat berwuduk saya. Saya rasa saya telah membaca niat tersebut tetapi datang rasa was2. Tapi saya solat dalam keadaan khusyuk. Tetapi selepas selesai solat datang rasa was2 dalam diri saya sama ada saya telah membaca niat ketika berwuduk atau tidak. Ianya situasi sama ketika saya solat. Selepas sujud ke2, saya terasa was2 sama ada saya tertinggal duduk antara dua sujud @ tidak. Ianya berlaku setiap kali solat. Dan kadang2 saya mengulang solat dan wuduk saya melebihi 3 kali. Kadang2 ia mengambil masa saya selama 1 jam utk menunaikan solat. Adakah wuduk dan solat saya sah? Sila menjawab persoalan saya. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, solat dan wuduk puan dikira sah selagimana rukun dan syarat sah wuduk dan solat dipenuhi. Adapun was-was yang berlaku kepada puan ianya tidak membatalkan ibadat seseorang itu termasuklah solat dan wuduk. Adalah dinasihatkan agar puan berusaha menjauhi rasa was-was tersebut, kerana was-was itu adalah mainan syaitan yang mengganggu umat Islam dalam melakuan ibadat. Tinggalkan dan abaikan perasaan itu, dan bina keyakinan dalam setiap ibadah yang dilakukan kerana hal ini bertepatan dengan kaedah fiqah dan tuntutan dari syarak iaitu:
Maksudnya: Keyakinan itu tidak hilang disebabkan oleh syak (ragu-ragu).
Selain itu, meningkatkan keyakinan dalam ibadah adalah melalui cara memperbanyakan belajar ilmu agama yang berkaitan dengan ibadah, dan juga berdoalah kepada Allah SWT, contohnya seperti yang diajar oleh Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat 97-98:
Maksudnya: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.
Sekian, terima kasih.