Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt...
Saya duduk di sebuah kedai makan (luar). Tiba-tiba saya terasa seperti "disentuh" bahagian belakng (pinggang). Saya toleh untuk memastikan apakah yang "menyentuh" saya kerana khuatir jika ia adalah anjing. Tetapi setelah memerhati sekeliling tidak kelihatan seekor anjing pada waktu itu. Dalam beberpa minit kemudian saya nampak seekor anjing yang dtg dan duduk berhampiran saya duduk. Saya mula rasa was-was. Saya cuba bertanya pada dua orang yang kebetulan tidak jauh dari tempt saya duduk untuk meyakinkan lagi. Saya tanya adakah dia nampak anjing dibelakng mnggesel atau mungkin mnghidu2 pada bdn saya tadi. Mereka berkata tidak perasan, tetapi mereka tahu dan nampak bahawa memang ada anjing di kawasan saya dudu (kemungkinan waktu lain, bukan ketika mejadian). Apakah yang perlu saya kakukan. Adakah sekadar basuh biasa kerana tidak pasti kejadian sebenar atau perlu sertu/samak baju saya? Terima Kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, Islam mengajar umatnya untuk tidak berlebihan dalam menghadapi perasaan was-was. Mengikut kepada kaedah fiqh:
Maksudnya: Keyakinan tidak hilang dengan keraguan.
Justeru, sekiranya tidak yakin ada najis, maka tidak perlu melakukan sertu. Sebaliknya, sekiranya terdapat keyakinan bahawa terdapat kesan najis yang nyata ain najisnya iaitu bau, warna dan rasa, maka sertu wajib dilakukan di bahagian tersebut.
Sekian, Terima Kasih.