BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum , ustaz kemarin saya terpijak najis yang saya tidak tahu najis apa, tapi saya rasa najis anjing sebab anjing banyak berkeliaran di sekitar rumah... jadi lepas saya nak buka kasut semasa masuk dalam rumah saya baru perasan yang saya pijak najis..lalu saya buka la ksut tersebut dan biar di luar tanpa saya sedari seluar saya juga terkena najis sebab seluar yang saya pakai itu panjang sampai ke hujung kaki....bila saya sudah masuk dalam bilik saya ada perasan bau jadi saya cek la seluar tapi saya masih tidak perasan sehingga la saya pergi ke tandas untuk tukar seluar jeans saya dan ada najis yang kering sikit tapi ada bau di tepi jeans nya di bahagian bawah mungkin sekitar 2 inci dari bawah...jadi saya terfikir adakah lantai yang saya lalui perlu saya samak dan jga katil saya kerana saya ada pijak katil saya semasa saya mau ambil phone..dan juga ada kah saya perlu samak kaki saya dan tangan saya kerana semasa saya buka seluar berkemungkinan jeans tersebut terkena kaki saya...semoga ustaz bole menjawab pertanyaan saya secepat mungkin supaya saya tidak perlu ragu ragu lagi 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, menyucikan tempat, pakaian atau anggota badan itu menjadi wajib apabila diyakini kewujudan najis dari segi bau, warna dan rasa. Apabila wujud tanda-tanda najis maka wajib menyucikannnya sehingga hilang sifat-sifat najis.

Islam menghukum berdasarkan sesuatu yang jelas sahaja. Sehubungan itu, jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan keraguan.

1) Perlu kenalpasti najis tersebut najis apa dan yakin ainnya masih ada barulah dihukumkan untuk menyucikan sesuatu atau tempat yang terkena najis tersebut mengikut cara membersihkan najis berdasarkan kategori najis itu.

2) Tidak perlu dibasuh lantai tersebut kerana ianya tidak bernajis. Lantai tersebut kekal bersih dan suci, ini kerana pada asalnya, sesuatu itu suci dan tiada najis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna.

3) Cukup sekadar membasuh bahagian yang terkena najis pada seluar tersebut sehingga hilang warna, bau dan rasa.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 11

message user image